Oct 31, 2011

aku bukan yang terbaik

perasaan? itu yang aku rasa sekarang ni. ape perasaan aku sekarang. kadang-kadang terasa nak semua orang tahu ape yang aku rasa. sakit yang aku rasa. lemah yang aku rasa. perit yang amat sangat. campur aduk yang aku sendiri tak dapat nak kenal rasa apa.

dua bulan sebelum ni, banyak benda yang aku kena hadap. aku bukan mengeluh. cuma aku rasa aku tak kuat dengan apa yang aku kena tanggung. tak nafikan. mereka yang sentiasa dengan aku sampai hilang akal nak buat aku kuat dengan semua ni. "ALLAH TAKKAN BERI UJIAN YANG TIDAK MAMPU DITANGGUNG OLEH HAMBANYA" itu yang aku pegang. bagi-Nya,aku kuat nak hadap semua ni. aku boleh nak betulkan semua keadaan yang jadi huru hara. tapi sampai sekarang aku sendiri tak jumpa jalan, kekuatan untuk semua pulihkan keadaan macam biasa.

"JIKA ALLAH UJI KITA, BERMAKNA DIA INGAT DAN SAYANG PADA KITA" itu juga kata-kata yang aku pegang. Ya! hati aku macam nak pecah! tapi bila fikirkan semua ni balik. tak beruntung ke aku masih dapat perhatian dari-Nya? tak bersyukur ke aku? DIA taknak biarkan aku lupa apa yang aku dah ada. DIA taknak aku rasa selesa dengan apa yang aku ada. sebab DIA tahu kalau aku lupa mungkin satu hari keadaan aku mesti jadi buruk bila aku hilang apa yang aku ada. masa tu tindakan yang akan aku buat jugak mungkin tindakan yang bodoh. Ya Allah,betapa lemahnya iman aku! Mungkin juga aku telah jauh dan lupa tanggungkawab aku pada-Nya. Bila jadi macam ni aku malu dengan diri aku sendiri. hati tak tenang,sedih,menangis baru aku beriya dekatkan diri pada DIA. tapi bila aku happy,dapat ape aku nak, aku tak sesungguh bersyukur dengan semua tu. Iklil,,kau lupa diri!

berbalik pada masalah aku. sampai sekarang aku tak dapat selesaikan seperti mana yang sepatutnya. aku tak tahu. dan hari ni. malam ni saat ni. sampai sekarang aku rasa diri aku hipokrit!! hipokrit dengan apa yang aku rasa. happy dengan orang,sedih bila aku sorang. tapi just tu pilihan yang aku ada. aku tak da pilihan lain dari terus and terus nak mintak pendapat orang,nak mintak orang sentiasa dengan aku supaya aku lupa yang aku rasa. aku sedar bukan aku sorang yang rasa ni semua. ramai lagi sama keadaan macam aku. just aku terasa diri aku tak diberi peluang nak betulkan semua ni. aku penat nak menangis sebelum aku tido. aku penat nak menangis bila aku sorang. aku penat letih. terlalu letih bila fikirkan ape yang aku dapat masa akan datang bila aku sabar dan redha dengan keadaan sekarang. ape yang mampu aku buat selain doa? tapi siapa aku? besarkah darjat aku yang Allah patut kabulkan doa aku serta merta? siapa aku? yang terlintas....aku tak layak!

Ya Allah.. sesungguhnya apa yang jadi pada aku pada hari ni dan sebelum-sebelum ni adalah kerana dosa aku yang lepas dan kelalaian aku sendiri. aku tak layak menafikan atau mengeluh dengan dugaan yang kau beri. cuma aku mengharapkan kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk aku hadap semua ni. aku doa supaya apa yang aku lalui hari ni. malam ni. akan beri aku sesuatu pada masa depan yang aku sendiri tak terfikir aku akan dapat. kau mengetahui segalanya di langit dan di bumi. kau merancang yang terbaik untuk hamba-hambaMu. takda tempat lagi yang patut aku mohon pertolongan kecuali padaMu. rancangkan yang terbaik untuk ku. jika aku bukan yang terbaik untuk mereka. jauhkan mereka dari aku. dan dekatkan lah pada mereka orang yang baik lagi beriman. aku tahu. jika aku kehilangan mereka. aku masih ada Kau. berdoa dan terus berdoa. insyaAllah. berilah kekuatan dan kesabaranMu kepadaku. sesungguhnya...aku redha! 



No comments:

Post a Comment