Dec 1, 2014

rindu jejari menaip!

2011- 2012 - 2013 - 2014
assalammualaikum

LAMA. RINDU. Rindu pulak nak menaip/simpan cerita dalam blog ni. Mula dari tahun 2011. Terikut-ikut nak ada satu blog 'luahan hati perasaan" macam orang lain, kononnya. Hahaha. Akhirnya. Tinggal berhabuk, menyepi, post tak banyak mana. *nasib ingat emel/pw

Last post 5 MAC 2012 and hari ni 1 DEC 2014. 
Dua tahun yang dah macam-macam jadi. 
Terlalu banyak yang jadi. 
Ketawa. Menangis. Sedih. Diri jadi lebih matang. Kehidupan yang lebih baik. Adanya peneman hidup. Si anak dara ke si isteri.
Semuanya. 

ALHAMDULILLAH. 
Hanya Dia yang mampu berikan semua perasaan, pengajaran & pengalaman hidup ni. Dialah sebaik-baik perancang. Dugaan atau ujian Dia bagi demi kebaikan diri jadi lebih kuat, jadi lebih baik. InsyaAllah.

Cubakan lah diri tak nak 'menghabukkan" blog ni. 
Penulisan zaman tak bertamadun, keanak-anakkan sebelum ni boleh buat kasi jiwa mengimbau kenangan sambil gelakkan diri sendiri berulamkan hantukan kepala ke dinding. hahaha.

Moga menjadi..
Kisah IKLIL YAFFRAH empunya blog. 
Kisah diri & keluarga kecil yang akan datang.
InsyaAllah. 

*ceritera 2012/2013/2014.. next post!! =)


Mar 5, 2012

some0ne

every girl deserves that SOMEONE special in her life.

someone who would sing all those love songs to her, even if it means singing off key.
someone who would never put his ego before her.
someone who would say sorry just to show that she's more important.
someone who would think that she's prettier than ever when her hair is mess
someone who would make her laugh.
someone who would not be afraid to let the world see how much he cares about her.
someone who would listen to all her little problem.
someone who never gets tired of her.
someone who would fight with her all night but still be her best friend.

SOMEONE
who would cheer her up
who would believe in her
who would respect her

and most off all someone who would LOVE HER when she deserves it because that is when she needs the most

-aidilazdhar... my mr. someone-



Feb 9, 2012

pertama kali

yes! pertama kali my dear datang rumah saya tanpa saya di sisi. *rumah mama papa saya* hee! tak tahu. tapi saya terharu, happy, seronok bila dear datang ketika saya berada di kelantan. even datang dengan tujuan lain. *nak ambil baju merisik saya* tapi disebabkan dapat duduk dengan mama, borak dengan my family tanpa saya, itu buat saya rasa sangat sangat lain. happy! biala orang kate saya ni pelik hanya semata dear datang rumah sampai nak tulis kat blog. biarlah perasaan yang pelik tu jadi kenangan untuk diri sendiri. hak saya, cerita saya :) *perjalanan hidup saya bermakna dengan kisah dia*

and yang paling tak caya, my baby zimah dah boleh nak dekat, borak dengan dear. haha! siyesly sangat tak percaya. kalau tak sebelum ni. zimah salam pun takkan nak dengan dear. just bila dear dah balik baru nak tanye, "abang aidil nak pergi mane..?'' bila nampak gambar zimah mesti sebut ''yang tu abang aidil'' but now, dah boleh duduk dekat! *memang dear mandrem zimah ni* and yes! saya jeles. jeles sebab dear dapat balik tengok mak, tengok mama. tapi saya yang jauh ni jugak hanya pendam rindu tu. tapi takpelah. dah wakilkan dear :')

ape sekali pun, macam dear cakap 'abang steady.!' ya sayang! awak steady. saya bangga dengan awak. awak buat saya terharu kerana saya tahu keluarga saya akan jadi sebahagian dalam hidup awak. dan dengan cara ni. saya tahu family saya terima awak,dan awak terima family saya. terima kasih sayang. something yang sangat kecil. but honeslty, saya sangat terharu. awak telah tambah lagi keyakinan saya pada awak. saya hanya berdoa. ini semua kekal hingga nafas saya yang terakhir. biarlah kisah hidup saya hanya melibatkan seorang lelaki yang bernama MOHAMAD AIDIL AZDHAR ROSLI <3 






Jan 25, 2012

21.1.12

"..lame sudah tak mengupdate blog terchenta ni. tahun pun sudah baru. azam pun mungkin dibarukan. yang pasti terus mendoakan yang terbaik. Amin. InsyaAllah. banyak pengajaran. kesedihan. kebahagiaan yang aku dapat tahun lepas. dan sekali lagi. kebahagiaan Allah berikan pada aku untuk permulaan tahun 2012. .."



Al-kisah..
alhamdulillah.. semuanya selesai sudah! yeayyy kite dah dirisik oleh dear. seronok, tak percaya, tak percaya and tak percaya, tak percaya lagi ni semua dah jadi. syukur ya Allah. kerana bagi kami peluang ke peringkat yang lebih baik. yess! dear yang mulakan semua ni. if dear tak bertanya. tak tahu bila ni semua akan jadi. bedebar tu jangan la kire. Tuhan saja yang tahu. masing2 berbincang dengan family. and semua berjalan lancar. dan tarikh 21.1.12 menjadi saksi *heheh* sumpah! saya tak penah rasa bahagia camni selama 8 tahun saya dengan dear. ape yang berlaku hari tu. buat saya lebih yakin yang dear memang untuk saya. dear pilih saya. 





yang buat lebih saya tersenyum bila buat pertama kalinya bagi bunga pada saya! *terharu sangat sangat* biarlah ape orang nak kate yang dear tak romantik or bunga itu mende biasa. tapi bagi saya, moment tu, pada hari yang bermakna sangat sangat menyentuh hati kite tau! *keringkan bunga bawak balik kelantan jadi kan semangat. hehehe* terima kasih sayang dengan surprise tu! family pun banyak mengusik time dear nak bagi bunga. and pertama kali juga la dear nampak saya make-up tebal camtu. senang cite la kan susah nak cite *betul ke ayat tu?* moment yang takkan saya lupa hingga anak cucu. insyaAllah. :)




semoga selepas 21.1.12 akan beri kebahagiaan pada saya dengan dear. moga saya menjadi lebih baik untuk dear dan keluarga. cincin sebagai tanda betapa dekatnya dear dengan saya. hanya itu yang menjadi penguat untuk setahun ini. insyaAllah. doakan kami agar jodoh kami kekal hingga akhir hayat. biarlah dear untuk saya di dunia dan di akhirat. tiada yang lain.  tetapkan hati dear untuk saya dan bukan yang lain. saya cintakan dia. hanya dia. 

"..ya Allah andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua.."



Oct 31, 2011

aku bukan yang terbaik

perasaan? itu yang aku rasa sekarang ni. ape perasaan aku sekarang. kadang-kadang terasa nak semua orang tahu ape yang aku rasa. sakit yang aku rasa. lemah yang aku rasa. perit yang amat sangat. campur aduk yang aku sendiri tak dapat nak kenal rasa apa.

dua bulan sebelum ni, banyak benda yang aku kena hadap. aku bukan mengeluh. cuma aku rasa aku tak kuat dengan apa yang aku kena tanggung. tak nafikan. mereka yang sentiasa dengan aku sampai hilang akal nak buat aku kuat dengan semua ni. "ALLAH TAKKAN BERI UJIAN YANG TIDAK MAMPU DITANGGUNG OLEH HAMBANYA" itu yang aku pegang. bagi-Nya,aku kuat nak hadap semua ni. aku boleh nak betulkan semua keadaan yang jadi huru hara. tapi sampai sekarang aku sendiri tak jumpa jalan, kekuatan untuk semua pulihkan keadaan macam biasa.

"JIKA ALLAH UJI KITA, BERMAKNA DIA INGAT DAN SAYANG PADA KITA" itu juga kata-kata yang aku pegang. Ya! hati aku macam nak pecah! tapi bila fikirkan semua ni balik. tak beruntung ke aku masih dapat perhatian dari-Nya? tak bersyukur ke aku? DIA taknak biarkan aku lupa apa yang aku dah ada. DIA taknak aku rasa selesa dengan apa yang aku ada. sebab DIA tahu kalau aku lupa mungkin satu hari keadaan aku mesti jadi buruk bila aku hilang apa yang aku ada. masa tu tindakan yang akan aku buat jugak mungkin tindakan yang bodoh. Ya Allah,betapa lemahnya iman aku! Mungkin juga aku telah jauh dan lupa tanggungkawab aku pada-Nya. Bila jadi macam ni aku malu dengan diri aku sendiri. hati tak tenang,sedih,menangis baru aku beriya dekatkan diri pada DIA. tapi bila aku happy,dapat ape aku nak, aku tak sesungguh bersyukur dengan semua tu. Iklil,,kau lupa diri!

berbalik pada masalah aku. sampai sekarang aku tak dapat selesaikan seperti mana yang sepatutnya. aku tak tahu. dan hari ni. malam ni saat ni. sampai sekarang aku rasa diri aku hipokrit!! hipokrit dengan apa yang aku rasa. happy dengan orang,sedih bila aku sorang. tapi just tu pilihan yang aku ada. aku tak da pilihan lain dari terus and terus nak mintak pendapat orang,nak mintak orang sentiasa dengan aku supaya aku lupa yang aku rasa. aku sedar bukan aku sorang yang rasa ni semua. ramai lagi sama keadaan macam aku. just aku terasa diri aku tak diberi peluang nak betulkan semua ni. aku penat nak menangis sebelum aku tido. aku penat nak menangis bila aku sorang. aku penat letih. terlalu letih bila fikirkan ape yang aku dapat masa akan datang bila aku sabar dan redha dengan keadaan sekarang. ape yang mampu aku buat selain doa? tapi siapa aku? besarkah darjat aku yang Allah patut kabulkan doa aku serta merta? siapa aku? yang terlintas....aku tak layak!

Ya Allah.. sesungguhnya apa yang jadi pada aku pada hari ni dan sebelum-sebelum ni adalah kerana dosa aku yang lepas dan kelalaian aku sendiri. aku tak layak menafikan atau mengeluh dengan dugaan yang kau beri. cuma aku mengharapkan kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk aku hadap semua ni. aku doa supaya apa yang aku lalui hari ni. malam ni. akan beri aku sesuatu pada masa depan yang aku sendiri tak terfikir aku akan dapat. kau mengetahui segalanya di langit dan di bumi. kau merancang yang terbaik untuk hamba-hambaMu. takda tempat lagi yang patut aku mohon pertolongan kecuali padaMu. rancangkan yang terbaik untuk ku. jika aku bukan yang terbaik untuk mereka. jauhkan mereka dari aku. dan dekatkan lah pada mereka orang yang baik lagi beriman. aku tahu. jika aku kehilangan mereka. aku masih ada Kau. berdoa dan terus berdoa. insyaAllah. berilah kekuatan dan kesabaranMu kepadaku. sesungguhnya...aku redha!